CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 8, 2008

sEmUt & CeNgKeRiK

Sekumpulan semut dan cengkerik tinggal dalam sebuah belukar. Semut tinggal berhampiran dengan sebuah busut, manakala cengkerik pula bebas merayau-rayau di dalam belukar tersebut.
Setiap hari, semut dan rakan-rakannya mencari makanan untuk dikumpulkan sebelum musim tengkujuh tiba. Semut berkata kepada rakan-rakannya, "Kita perlu mengambil masa yang lama untuk mengumpulkan makanan kerana kita tidak dapat bergerak dengan pantas seperti cengkerik. Masa yang ada mesti kita gunakan dengan sebaik mungkin supaya tidak menyesal pada hari kemudian. Kita mesti menyediakan payung sebelum hujan dan mengelakkan pembaziran masa."
Cengkerik berkata kepada semut, "Cuaca sangat baik, marilah kita keluar bersiar-siar." Semut menolak pelawaan cengkerik kerana dia perlu mengumpulkan makanan dahulu. Cengkerik terus bersiar-siar sepanjang hari.
Hari semakin mendung, guruh berdentum dan kilat sambar-menyambar. Hujan turun dengan lebat. Cengkerik menjadi kelam-kabut kerana tidak sempat membuat persiapan untuk menghadapi musim tengkujuh. Akhirnya cengkerik mati kelaparan.

1 comments:

Hidayah said...
This comment has been removed by the author.