CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 8, 2008

sEmUt & CeNgKeRiK

Sekumpulan semut dan cengkerik tinggal dalam sebuah belukar. Semut tinggal berhampiran dengan sebuah busut, manakala cengkerik pula bebas merayau-rayau di dalam belukar tersebut.
Setiap hari, semut dan rakan-rakannya mencari makanan untuk dikumpulkan sebelum musim tengkujuh tiba. Semut berkata kepada rakan-rakannya, "Kita perlu mengambil masa yang lama untuk mengumpulkan makanan kerana kita tidak dapat bergerak dengan pantas seperti cengkerik. Masa yang ada mesti kita gunakan dengan sebaik mungkin supaya tidak menyesal pada hari kemudian. Kita mesti menyediakan payung sebelum hujan dan mengelakkan pembaziran masa."
Cengkerik berkata kepada semut, "Cuaca sangat baik, marilah kita keluar bersiar-siar." Semut menolak pelawaan cengkerik kerana dia perlu mengumpulkan makanan dahulu. Cengkerik terus bersiar-siar sepanjang hari.
Hari semakin mendung, guruh berdentum dan kilat sambar-menyambar. Hujan turun dengan lebat. Cengkerik menjadi kelam-kabut kerana tidak sempat membuat persiapan untuk menghadapi musim tengkujuh. Akhirnya cengkerik mati kelaparan.

PaNtUn BuDi PeKeRtI

Bertutur sopan kita bersama,
Dengan ibu bapa dan juga teman;
Perlakuan mulia dituntut agama,
Bahagia hidup sepanjang zaman.

Dengan guru bersopanlah selalu,
Jangan lakukan perkara keji;
Silalah bertanya jika perlu,
Itulah amalan yang terpuji.

Semua orang tua dan muda,
Pangkat darjat tidak ketinggalan;
Apabila berkata harus waspada,
Bahasa sopan jadikan amalan.

Bukan sebarang pantun seloka,
Pantun nasihat kita teladani;
Berpekerti mulia setiap ketika,
Hidup berdisiplin lagi harmoni.

Monday, October 6, 2008

Tentang Aku....



Aku baru menjinakkan diri dalam blogger. Hari ni aku tak pergi sekolah agama. Malas sngt aku nak blajar. PKSR 2 nak dkt dah, so aku kna buat ulangkaji lah plak. Malasnya. Geram betul. Kan best klau x blajar trus. Sekarang aku sedih sbb kcing ksyngn aku dah mati. Xtau sbb apa dia mati. Skrg aku dah x de binatang peliharaan lg. Abah sbnrya ske kcing tp dia buat2 x ske. Aku hrp dpt kcing baru tp aku ttp xkan lpakan kcing aku yg dah mati tu. Dkt kmpg pun sama. Bnyak kcing yg dah mati la, hilang la. Dah la comel2 plk tu. Macam kcing siam pun ada gak. Dah la tu. Nanti aku sedih lak. K bye...